Followers

Saturday, February 16, 2013

dan aku kembali menulis

entah..tiada aral tiada angin...tiba2 tangan ini elok sahaja menaip di sini...betul2 lama aku tinggalkan tempat aku coretkan segala-galanya ini...

entry entry lama banyak yg telah aku hanyutkan ke sungai...orang kata...barang yang lepas jgn dikenang..pffttt..

hmmm..tak tahu la berapa lama pula tahan dengan coretan kali ini..silap2 ini coretan pertama dan terakhir untuk tahun ini..

haih! LIFE kan..
betul la tu..
hidup tak selalunya indah..
ok takde kena mengena! hahhaa

2012 berlalu dengan pantas pejam celik dah masuk february 2 minggu lagi march.. 2012 juga byk perkara suka duka berlaku...entah..rasanya tak perlu aku coretkan di sini..yang penting kini aku meniti tahun 2013..10 bulan lagi yang bakal hadir dengan pelbagai tanda tanya..yang pasti usia pun makin meningkat sedar tak sedar tahun depan insyaallah dah grad..cepat betul masa berlalu..

2 minggu lagi semester baru bakal menyusul..tak pasti sama ada aku bersedia atau tidak...februari banyak mengajar aku..aku sepi dari dunia teknologi seketika untuk beri ruang dan peluang kepada diri sendiri..duduk menilai diri sendiri..entah mana silapnya aku pun tak pasti..kepada yang sedar dan ambil berat..tak jemu bertanya khabar..berkongsi berita suka dan duka..dan aku rasa diri ini penting buat mereka..terima kasih wahai sahabat! yang tak sedar itu perkara biasa.. argh! ini semua poyo!

usai bercerita tentang itu...

tak sabar rasanya nak habiskan 2013..banyak perancangan yang di atur! moga2 segalanya menjadi! yang pasti aku terlalu teruja menanti jun! rasa terlalu tua di situ! bakal bergelar bapa saudara!oh! sumpah itu buat aku sungguh teruja! menanti kelahiran arjuna hati yang pertama! moga2 hotmama sihat sentiasa..jaga diri jaga kesihatan demi baby dalam perut!

kalau nak tulis semua rancangan 2013 ni..mahu esok baru habis! tak apalah..yang lain simpan dulu..sebab kita hanya merancang..tuhan yang menentukan...

harap2 coretan pertama ini buat aku ingin terus menulis..tapi kadang2 terfikir adakah saya seorang attention seekers? hmmm pada aku menulis disini bukan bererti ingin mencari attention..tapi kadang2 inilah tempat meluah rasa tempat mencurah  segala-galanya..

cukup untuk hari ini!
love...AO

Monday, October 17, 2011

siti nurhaliza in the house! + jalan2 hari raya!


dah lama sebenarnye benda nie jadi..
cuma tak sempat...eh..malas sebenarnyer nak update
dah lupa pon bile..
tapi yg pasti time gap paper hari tu la yer..
miss shafi ajak teman die pergi open house kedai kak rozie..
aku pon on je..kebetulan adie n harits ade skali..
so..memang jadi benor la aktiviti kami..
hari yg sungguh mengujakan dan penat...
mana taknye..
pagi tgk tempat kat MITC..
tgahhari makan free kat hotel...
after that shot pegi cheras dengan miss..adie n harits.
..adrien dgn sya pon ade skali..
then..lepak curve...kemudian pulut mangga dengan madam ilya dekat kg baru..
huh! lepas tu balek lendu semula..
bayangkan..
penat kot..
tapi best..
sempat la window shopping kat curve...
siap masuk binwanis..
masing2 macam tak pernah tgk kain gamaknyer hah!hhaha
so..
mase kat kedai kak rozie tula jumpe siti..
tgah2 makan..
tiba2 je..
eh! macam kenal la..
siti ngan datuk k dtg..
what a surprise!
okeyh! agak batak ketika itu..
yela..
selama nie jumpe siti jaoh je kot!
tiba2 dtg dekat..
sempat la borak2 ngan die...

meet dato siti nurhaliza! ok! die sgt gorgeous yerk!!!

bergambar dgn kak rozie!! yg pakai pink itu!

meet our lecturer!merangkap teman berjimba joli waktu ini!hehehe..
lepak kat paparich curve..
atas kanan tu adie..adrien..n sya..
harits tukang amik gambar time nie..


awesome pulut mangga kg baru!
madam ilya belanje!
takde gambar die pulak la..

Friday, March 18, 2011

BAKAT PELAJAR FAKULTI MENYINAR DI PESTA PANTUN BESTARI 2011

Oleh : Mohd Aizad bin Osman,

The Mediun, 4th edition

Untuk julung-julung kalinya UiTM Melaka menghantar pasukan ke Pertandingan Pesta Pantun Bestari 2011 yang berlangsung pada 3 hingga 6 Mac yang lalu bertempat di Universiti Malaya

Sebanyak 2 kumpulan seramai 8 orang beserta 4 orang krew dan seorang pegawai pengiring iaitu Penasihat Persatuan Bahasa Melayu sendiri Puan Zuraidah bt Mohd Sulaiman telah menyertai pertandingan ini.

Perjalanan bermula pada petang khamis kira-kira jam 5.30 petang dan telah tiba di Kolej kediaman ke-12 Universiti Malaya kira-kira jam 8.30 malam sebelum terus ke kolej kediaman keempat untuk majlis makan malam dan cabutan undi bersama Ahmad Fedtri Yahaya.

Sewaktu kali pertama melangkah ke dalam dewan makan tersebut, perasaan bercampur baur. Ada yang memandang pelik kepada kami. Almaklumlah, pertama kali menyertai, susah tentu ada yang memandang rendah kepada kami. Keadaan tersebut memberikan tekanan kepada kami sehinggalah hari perlawanan dan menyebabkan kami kalah kepada UIA di saringan pertama.

Namun,kekalahan tersebut terubat apabila kami menang kepada UMS di saringan kedua. Tetapi langit tak selalunya cerah, kami kalah di saringan 3 dan 4 sewaktu bertemu IPG BM dan UNIMAP.

Tekanan semakin dirasai dan daripada kekalahan tersebut kami berjaya bangkit dan memenangi saringan 5, 6 dan 7 menentang UNISZA, UiTM (B) dan UM.

Empat kemenangan tersebut telah berjaya melayakkan kami ke suku akhir. Dan pada waktu pengumanan ke suku akhir itu, sudah terdetik dihati kami yang suku akhir ini sudah cukup untuk kami apabila kami terpaksa bertemu dengan IPG Sultan Abdul Halim diperingkat tersebut yang mana IPG ini hanya kalah sekali sahaja di peringkat saringan berbanding kami. Itu bukan penghalang dan penyebab untuk kami membiarkan kemenangan berpihak kepada mereka. Berbekalkan semangat, usaha dan doa, akhirnya kami berjaya mengalahkan mereka.

Kami sangat terperanjat dengan kemenangan tersebut yang melayakkan kami untuk mara ke peringkat separuh akhir. Di separuh akhir, sekali lagi kami bertemu dengan kumpulan dari UIA. Di separuh akhir ini, format pertandingan bertukar yang mana memerlukan peserta berpantun secara spontan tanpa menggunakan kertas dan pen di peringkat ini. Kehebatan kumpulan dari UIA memang tidak dapat kami tandingi sekali lagi kami tewas kepada mereka.

Kekalahan di peringkat separuh akhir menyebabkan kami terpaksa untuk sekali lagi bertanding di pusingan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 dan sekali lagi kami terpaksa bertemu pasukan dari UNIMAP dan kami sekali lagi tewas kepada mereka.

Walaupun mendapat tempat ke-4, namun kami tetap berbangga kerana ini merupakan pertama kali kami menyertainya, pasukan A yang terdiri daripada Mohd Aizad Bin Osman, Muhammmad Khaidir Adzim Bin Ruslan, Mohd Adzreen Bin Adnan, dan Norliana Syaera Binti Aziz manakala pasukan B pula Ridhwan Nazmi Bin Roslan, Mohd Hafizi Bin Mohd Said, Mohammad Afifi Bin Yahaya, dan Nur Nadia Binti Mohd Jalani yang rata-ratanya daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang mana telah menjuarai pesta pantun antara fakulti UiTM Melaka tahun lalu. Pasukan B yang kurang bernasib baik hanya berjaya memenangi 3 perlawanan sahaja di peringkat saringan.

Walaupun kali pertama menyertai pertandingan ini, pencapaian mendapat tempat ke-4 daripada 16 pasukan yang menyertainya sudah boleh kami banggakan kerana ada yang sudah 5 tahun menyertainya dan semua peserta yang lain terdiri dari pelajar sarjana dan sarjana muda berbanding kami yang baru diperingkat diploma. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Mustakim bin Mustafa selaku jurulatih yang sanggup melatih kami siang dan malam. Pencapaian ini juga telah membuka mata pasukan lain kepada UiTM Melaka.

Antara institusi pengajian tinggi yang menyertai pertandingan ini selain daripada kami UiTM, ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia Airlines Academy, dan enam pasukan Institusi Pendidikan Guru (IPG) daripada Kampus Sultan Abdul Halim (Kedah), Kampus Gaya (Sabah), Kampus Bahasa Melayu (Kuala Lumpur), Kampus Dato Razali Ismail (Kuala Terengganu) and Kampus Sultan Mizan (Besut).

Pesta Pantun Bestari 2011 anjuran Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kesenian dan Kreatif, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya ini yang telah mengangkat tema ‘Pelestarian Pantun Wadah Keagungan Bangsa’ telah disempurnakan penutupan rasminya oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada malam gilang-gemilang iaitu malam pertandingan akhir yang menemukan USM dan UIA yang menobatkan USM sebagai juara Pesta Pantun Bestari 2011 di Dewan Tuanku Censelor Universiti Malaya.

Saturday, March 12, 2011

UNIVERSITI MALAYA 2011 : Pesta Pantun Bestari


3-6 mac 2011
yeah...this is my 1st time masuk UM okeyh!
the main purpose is for joining the pesta pantun bestari 2011..
ini merupakan pesta pantun antara ipt yg terbesar di malaysia taw!
uitm melaka masuk..
1st jugak anta wakil...
kirenye kitaorg nie pioneer la katenye!
hari pertama smpai ade taklimat dengan ahmad fetdri yahaya..
then second day start lawan..
saringan 1 2 3
hari kedua saringan 4 5 6..
then tak sangka..hari last after 7 saringan kita org masuk suku ngan kalahkan ipg sultan abdul halim yg tak pernah kalah kat saringa!
terus masuk semi lawan uia..
tapi bukan rezki..
then kalah ngan unimap kat tempat ke3 ke4..
huhuhhu..

tapi rasenye pencapaian yg sgt dibanggakan ok!
1st time masuk dah camtu.,.
yg lain...
lagi pengalaman tapi bukan rezki dyorg kot!
usm menang!
memang best la team dyorg nie..
yg bestnyer dapat kenal ramai kawan baru kat sane..
unisza...ums..best la!
korg memang best!
tapi sedehnyer..
phone saye cicir kat sane,...sgt sedeyh!
sob...sob..sob,..

*currently mood sedang bersantai atas katil tgah tggu ang
ah nak antar phone...plus penat baru balek program 10000 langkah untuk kesihatan!

sorry takde gmba...
sebab tak amik...hehehe

meet kak anis yg tgah...kakak yg jaga kitaorg kat sane!...belah kanan team a uitm...saye adzren n didie...belah kiri team b...fizi..aap.ridhwan...


Monday, August 2, 2010

bersama ally!

seminggu telah berlalu...
memang kenangan manis buat aku!
terima kasih kepada senior part 5 kerana beri peluang ini kepada aku!
aku sungguh teruja..
sangat teruja...
apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan idola yang aku kira semua orang kenal dan ingat berkongsi pentas dengan beliau!
ye..
aku diberi peluang berkongsi pentas dengan

ALLY ISKANDAR MOHD MARDZI

personaliti tv3 yang sungguh aku kagumi!
ye memang...
aku dah selalu mengacarakan majlis yang melibatkan artis dan personaliti...
tapi...
perasaan berkongsi pentas dengan ally iskandar sungguh berbeza daripada biasa...
entah mungkin kerana aura beliau yang sungguh hebat...
tapi percayalah...
sukar untuk menjadi insan yang bernama ally iskandar...
kenangan ini...
akan aku simpan sampai bila2...











sedikit bingkisan untuk tatapan semua....

Wednesday, June 9, 2010

singapore last day!

our third n last day at singapore
hmm...
last day kan katenye...
kitaoprang bangun gile lambat...
around 1 o'clock baru gerak...
before gerak tu...
pergi bugis jap..
becoz aku n adie nak cari barang sekali lagi!
n pegi esplanade kejap apish nak beli kasut!
hahahha...
lepas tu kita orang grak balek...
sesuatu yg sangat hanjeng telah berlaku di kastam malaysia!
henjeng betol kakak itu!
hahahha...
sampai j.b...
ezzah ngan lin dah tggu..
then balek umah atok dyrang dulu...
mlm tu..
bawak apish ariff jalan2 jb...
hehhe...
ari jumaat lepas anta adie n apish balek kat larkin..
aku pon balek rumah!!
what an awesome holiday trip!
xoxoxo

bergambar di MRT before balek..

singapore day 2

wah...
dah macam artis pulak kan...
tulis vacation dalam blog!
huhuhu..
so...this our second day at singaopore...
kepenatan hari pertama belum habis lagi...
kita orang dah start explore singapore di hari kedua...
start jalan kul 10.30 taw!
gile awal!
hahaha...
first skali...
kitaorang pegi orchard road!
hah!
orchard road macam bukit bintang la kalau kat k.l
a lot of shopping complex here!
wow!
gucci die pon dah macam pasar malam dah!
kitaorang pon masuk la jugak!
wah!
macam byk duet je kan!
hahahha...
then..
sperti yang dijanjikan kitaorang jumpa rahimi razif...
aimie friend before going to clarke quay...
tempat nie tepi sungai...
penuh dengan bar..club..
semua la...
then kitaorng gerak ke marina bay..
yeah!
kat sini la macam2 kita orang jumpa...
kat sinilah esplanade..
kat sinilah ade merlion..
yang air pancut singa tu!
jalan2 lagi..
shoping lagi!
hahhaa..
then...
auntie mala call tanye nak pegi makan mee singapore dengan sup kaler merah tu tak??
hmm..
ok!
kitaorang gerak then uncle zain amik kitaorang dekat MRT n pegi makan...
hmmm...lupe la ape tempat tu...
lepas makan kitaorang balek rumah die!



orchard road!


Gucci taw!hahah


depan paragon!macam pavi la


owh ya!
kitaorang pegi china town juga...
cari souvenir...


niela marina sand..
ingatkan casino..
rupenye hotel!
tapi belom fully siap lagi!
OMG!


niela rahimi..
aimie friend


dah macam kat new york taw!


in front of merlion!